Blog forex malaysia sensasi
Pelakon, pengarah dan pela Wak Terkenal, Afdlin Shauki menyangkal dakwaan kononnya dia muflis kerana dikatakan gagal membuat bayaran terhadapa satu pinjaman yang dibuat dengan sebuah bank. Kalaulah benar saya muflis sekarang ini, sudah tentu tidak ada stesen televisyen seperti TV3 dan Astro memberikan projek kepada syarikat saya untuk menghasilkan programa. Untuk memberikan projek kepada sesebuah syarikat, mereka tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan kerana perlu melihat kedudukan terkini syarikat tersebut terlebih dahulu. Jadi, kenapa pula ada yang mendakwa saya sudah muflis, Katanya kepada Kosmo Tambahnya lagi, dakwann tersebut adalah fitnah semata-mata yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Biarlah apa yang orang hendak fitnah, saya tetap akan maafkan perbuatan mereka. Saya sekadar ingin memberi peringatan supaya selidik terlebih dahulu sesuatu perkara itu sebelum membuat dakwaan. Sekiranya tidak benar sudah tentulah ia satu fitnah dan dosanya sangat besar. Pad...